Thursday, December 23, 2010

.:EGO:.

1. Ego is a lame thing to keep. As a human kita tak patut pun berangan nak simpan ego. It is a waste. In the end kita still lemah. Ego tu je dah tande kelemahan kan? So apehal nak kalah dengan ego sendiri kan? LEBIH lame lah macam tu.

2. Even my mom pernah cakap yang saya ni takde perasaan. Soon after my mom, my dad pun ada mention the same thing. Well, tak pasti apa yang saya buat sampai diorang cakap macam tu. In the end saya hanya mampu senyum segaris, bukan bermakna saya setuju.

3. Ramai daripada kawan saya kata saya tak reti pujuk lah, tak masuk lah dengan situasti apa orang kata tu, CURHAT? Tak reti. Bukan tak reti. Cuma tak kena dengan saya saja kot. Kebetulan. Saya kurang minat.

4. OK lah berkenaan bicaraan hati ni, bukan saya nak kata saya kosong terus. Hati ni ade je kot taman kat celah-celah tu. Cuma bukan rima saya lah dengan benda benda macam ni. Setakat ini lah kan. (ecehhhhh)

5. Ade jugak orang kata saya ni ego. OH memang berapi lah kalau saya kena tuduh macam tu. Sebab what is ego? Saya pun tak pasti. Saya sendiri tak tahu ego tu what actually, at first. So kenapa orang nak kata saya ego. Semestinye tidak lah der. Geli gile en nak ego ego ni.

6. In the end, ada yang nak uji saya lah kot. Mungkin diorg ingat saya ni EGO Everest, entah apebende diorang merepek tak tentu pasal tu kan. Jadi mereka mahu buat saya MARAH, SEDIH. Ya, ade yang mengaku nak buat macam tu. Hebat betul mereka.

7. Ye, saya memang tak suka nak mengaku saya sedang marah (Kadang-kadang tak boleh nak cover pun) or sedih (lebih-lebih lagi lah kan) Bukan sebab saya menggeli nak bajet ego tinggi ke ape. Cuma saya tak suka orang tau saya marah or sedih. Apa point pun nak orang lain tahu. Kalau gembira saya kisah ape. Nak bagi tahu satu galaxy pun boleh kalau mampu.

8. Saya lebih tak suka kalau orang yang buat saya sedih or marah itu tahu saya sedang sedih dan marah sebab mereka. Sebab saya tanak kalah. I mean, die pikir die boleh buat saya marah dan sedih ke? Jadi saya tak mahu mereka tahu yang diorang dah berjaya. Tu je. Bukan ego ok. Saya tak main lah nak ber ego-ego tak tentu pasal ni. (Eceh)

9. Jadi tak perlulah bersusah payah nak menyakitkan hati saya for testing my bloody ego because I don't think I have any ego even satu zarah (eceh cakap nak poyo semacam je) Best sangat ke sakitkan hati orang? In the end, still, anda takkan dapat tengok saya sakit hati pun. Depan lu gua taknak nampak goyang der. Walaupun kat belakang memang kemarahan saya selalu kencang je. And kamu semua tahu. PUAS HATI lah kan? Tahniah lahh. *tepuk tangan*

10. Saya tulis ni pun bukan nak mengaku kalah or nak bebel pasal ego yang tah pape tu. Cume nak cakap, udah udah le tu. It's a waste. Jaga lah ego kamu elok2. Saya takda pet nama ego. (eceh lagi) Jadi tak perlu nak uji kemarahan or kekuatan hati saya. Takde mase nak tunjjuk kekuatan or kelemahan dekat orang tak tentu pasal :P

11. Tak perlu buat saya marah dengan sengaja please. Terima Kasih Daun Keladi. Lain masa bicara lagi.


P.S Post ini tiada unsur marah or curahan hati :)
Statements yang tak manis cakap depan2. Itu saja.